Saturday, June 27, 2009

Aku seorang pencinta


Aku terasa bagaikan satu perasaan yang tidak dapat dielakkan. lalu aku mula menyelami perasaan itu dengan penuh perasaan sabar. Di situ aku mula mengenali apa erti cinta.... aku merasakan sangat bahagia sehingga diriku lupa akan perkara yang patut aku lakukan...

Bermulanya perasaan itu setelah aku mengenali seorang gadis yang sangat memahami aku....

Semenjak itu, aku mula merapatkan diriku dengan si dia.... Aku merasakan bahawa perasaan itu mula berkembang ketika aku bersama dengan si dia... Ketika itu aku mula merasakan diriku bagaikan berada di tempat yang indah bersama si dia..... Tetapi perasaan itu hanyalah sementara.....setelah aku mengetahui bahawa dia akan dijodoh dengan seorang jejaka kacak pujaan ramai..... Setelah itu aku merasakan hatiku hancur berkecai seperti sekeping kaca yang dilontar dengan seketul batu...... Selepas beberapa hari aku dinasihatkan oleh seorang rakan supaya cuba menerima takdir yang menimpa diriku... Selepas itu aku mula berhenti bersedih dan mulakan hidup baru dengan penuh perasaan sabar....